Khamis, 23 Mac 2017

HADIS BERKENAAN BEKAM

Keistimewaan Bekam di Kepala,
Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat hadits pernah berbekam di titik kepala :
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ فِي رَأْسِهِ
Dari Ibn Abbas r.a, bahwa Rasulullah  pernah dihijamah di  kepala beliau. (Shahih Bukhari – Bab Bekam di Kepala)
عن ابن عباس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم احتجم وهو محرم في رأسه من داء كان به
“Dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah meminta hijamah di kepala ketika beliau sedang ihram, karena sakit yang beliau alami di kepala.”*)
*) Sunan Ibnu Majah, Kitabul-Manasik, 1836. Hadits shahih.

Dalam Shahih Al-Bukhary disebutkan Bab Hijamah di atas Kepala, lalu disusul dengan Bab Hijamah karena Sakit Kepala:
عن عبد الرحمن الأعرج أنه سمع عبد الله بن بحينة يحدث أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  احتجم بلحي جمل من طريق مكة وهو محرم في وسط رأسه وقال الأنصاري أخبرنا هشام بن حسان حدثنا عكرمة عن بن عباس رضي الله عنهما ثم أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم  احتجم في رأسه   باب الحجم من الشقيقة والصداع
“Dari Abdurrahman Al-A’raj, dia mendengar Abdullah bin Buhainah menyampaikan hadits bahwa Rasulullah meminta hijamah dengan tulang unta saat perjalanan ke Makkah dan saat beliau sedang ihram, di tengah kepala.” Al-Anshary berkata, “Kami diberitahu Hisyam, kami diberitahu Ikrimah, dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah meminta hijamah di kepala.”*)
*) Diriwayatkan Al-Bukhary, 5373.
عن بن عباس احتجم النبي  صلى الله عليه وسلم  في رأسه وهو محرم من وجع كان به بماء يقال له لحي جمل وقال محمد بن سواء أخبرنا هشام عن عكرمة عن بن عباس أن رسول الله  صلى الله عليه وسلم احتجم وهو محرم في رأسه من شقيقة كانت به
“Dari Ibnu Abbas, bahwa Nabi meminta hijamah di kepala ketika beliau sedang ihram karena sakit di kepala.” Ada yang mengatakan, dengan menggunakan tulang unta. Muhammad bin Sawa’ berkata, kami diberitahu Hisyam, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, bahwa Rasulullah meminta hijamah ketika beliau sedang ihram di kepala karana sakit kepala.”*)
*) Diriwayatkan Al-Bukhary, 5374.
Jadi Rasulullah dihijamah di bagian kepala, ada riwayat yang menyebutkan di tengah kepala, karena sakit kepala (shuda’).


Ahad, 12 Mac 2017

BEKAM TAK SAKIT



JOM RAWAT DENGAN BEKAM SUNNAH
rata2 yg try sme akan berkata
"best la badan kepala rasa ringan je sis, dah hilang migrain! sakit kepala yg dulu mehidap..
bisa2 sendi pn dah x de x masalah lagi nak duduk bawah ke nak solat ke mudah laa.."
"sis..nak bagitau gatal2 dikaki saya dh baik laa! tingal kesan je klau x sentiasa berair je "

anda nak try? takut???
x sakit pun yg 1st time bekam cakap..igtkan sakit sangat mcm menakutkan kan..tp ehh dh siap sis mcm x rasa je jarum cucuk! tau2 dh siap 
siap terlena lagi bestnye ..

anda bila lagi?

helo2 sis 010 8802154 / 0104335323


Jumaat, 10 Mac 2017

PAKEJ BEKAM DAN URUT




PAKEJ A (Lelaki/Wanita)
Urut Badan 30 Minit + Bekam (12cup) hanya RM80 SAHAJA!


PAKEJ B (Lelaki)
Urut Batin + Bekam (12 cup) Hanya RM100 SAHAJA!

PAKEJ BEKAM C 


Bekam Overhaul (22 cup) Hanya RM100 SAHAJA!
Bekam Stress (10 cup) Hanya RM50 SAHAJA!
Bekam Seri wajah (4-6 cup) Hanya RM20-30 SAHAJA!
Bekam Sihir (18 cup) Hanya RM90 SAHAJA!

Selain datang ke kedai kami di seksyen 13 Shah Alam, 
kami juga ada membuat rawatan ke rumah!
bagi kemudahan anda mendapatkan perkhidmatan kami.
(Tiada charge transport area shah alam, klang bukit tinggi, botanic, sejangkang, johan setia, pandamaran, bandar puteri, bandar putera 2, kg jawa, kemuning, usj, subang jaya, puchong, meru, bukit raja, kelana jaya, damansara, putrajaya, ....
minimum rm100 keatas)


Sila buat temujanji dengan whatsap ke :

010-8802154


>>010-4335323<<


Isnin, 6 Mac 2017

KEBAIKAN BEKAM

  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.
Kesemua faedah yang dinyatakan di atas adalah bergantung kepada individu. Ada yang mengalami salah satu atau pun sebahagian darinya. Rawatan hendaklah dibuat beberapa kali sehingga menampakkan hasil.





ADA BERAP JENIS BEKAM?

BEKAM KERING
Bekam kering juga disebut sebagai bekam angin, metod bekam ini adalah menyedut permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah dari dalamnya. Bekam ini biasa digunakan untuk mengatasi rasa nyeri yang disebabkan oleh reumatik dan rasa nyeri yang terjadi di punggung. Bekam jenis ini akan meninggalkan bekas bekam berupa lebam warna merah kehitam-hitaman pada tempat yang dibekam dan akan hilang beberapa hari kemudian.
BEKAM BASAH
Bekam basah adalah sebuah metod bekam yang dilakukan dengan melakukan bekam kering dulu kemudian permukaan kulit yang dibekam dilukai dengan jarum yang disterilkan, kemudian disedut dengan menggunakan alat cupping set dan hand pump untuk mengeluarkan darah kotor melalui luka yang dibuat dengan jarum tadi. Biasanya dilakukan selama 3 hingga 5 minit dan tidak boleh lebih dari 9 minit. Penyedutan darah dapat dilakukan sebanyak maksima 7 kali dan tidak boleh lebih. Biasanya pada bahagian yang disedut akan mengeluarkan darah berwarna merah kehitaman dan berbuih.
Selepas berbekam, pada 3 jam yang pertama tidak boleh terkena air dan bekam cara ini juga tidak boleh kerap dilakukan dan diunjurkan jarak waktu selama 3 minggu sekali.

BEKAM API
Kadang disebut sebagai Fire Cupping, seperti namanya bekam ini menggunakan medium api sebagai bahan untk membuat ruangan hampa pada alat penyedut. Bekam ini dilakukan dengan gelas yang direkabentuk khusus untuk membuat ruang hampagas pada kawasan bekam. Udara di dalam gelas dibakar dengan menggunakan kertas atau kapas terbakar dan kemudian gelas akan ditempelkan ke permukaan kulit.

APAKAH BEKAM?

Beberapa bulan yang lepas, seorang ahli keluarga saya (sepupu) sering mengadu sakit kepala dan sakit di bahagian muka iaitu di pelipis dan pipi. Sakit yang dirasakan berdenyut-denyut dan kadang kala membuat hidung beliau tersumbat hinggakan mengganggu aktiviti seharian beliau. Selepas pemeriksaan di sebuah klinik, doktor menjelaskan yang beliau mengalami masalah resdung dan mencadangkan rawatan secara pengambilan ubat-ubatan terdiri dari antibiotic, ubat alahan serta pengambilan nasal spray.
Setelah mengambil ubat-ubatan selama 2 bulan akhirnya sepupu saya ingin mencuba kaedah bekam sepertimana yang disarankan oleh seorang pengamal perubatan tradisional. Pada mulanya kami berdua agak skeptical memandangkan pandangan peribadi seorang doktor yang kami kenali tidak begitu menggalakkan prosedur ini dilakukan kerana menurut doktor tersebut belum ada bukti yang jelas penyakit resdung boleh diubati dengan berbekam.
Namun begitu, sepupu saya tetap meneruskan hasrat beliau dan setakat ini, beliau telah melalui 4 kali rawatan dan secara zahirnya memang terdapat perubahan di mana kekerapan sakit kepala semakin berkurangan dan jerawat batu di muka juga semakin tiada. Beliau juga dapat bernafas lebih selesa dan mendapat tidur yang lebih berkualiti.
Adakah bekam benar-benar membantu di dalam proses penyembuhan ini atau pun ianya hanyalah satu kaedah perubatan tradisional yang mengandungi amalan serta pantang larang yang bertindak mengurangkan kesan penyakit? Mari kita kenali apa itu BEKAM.
Bekam adalah kaedah membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit sepertimana yang diamalkan Rasulullah SAW dan para sahabat. Diperkuatkan dengan beberapa hadis sahih yang menjelaskan mengenai rawatan bekam, ia dikatakan sebagai kaedah yang boleh membantu mengubati segala penyakit.
Bekam sudah wujud sejak zaman purba Greek ribuan tahun dahulu dan pada zaman Nabi Muhammad SAW para pengamal menggunakan tanduk kerbau atau sapi, tulang unta dan gading gajah.
Orang-orang di Eropah pula dikhabarkan menggunakan lintah sebagai alat berbekam. Pada satu masa, 40 juta lintah diimport ke negara Perancis untuk tujuan itu. Lintah-lintah itu dilaparkan tanpa diberi makan. Jadi bila ditempelkan pada tubuh manusia yang sakit, dia akan terus menghisap darah tadi dengan efektif. Setelah kenyang, lintah tersebut tidak berupaya lagi untuk bergerak, lantas jatuh dan mengakhiri penghisapannya.

Di Malaysia, walaupun rawatan bekam semakin meluas terutama di pusat-pusat rawatan bekam dan pusat rawatan kecantikan, namun masih terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat untuk mengamalkannya. Keadaan ini timbul berikutan terdapat kekeliruan daripada andaian-andaian negatif antaranya perempuan tidak perlu berbekam kerana akan mempercepatkan proses menopaus, berbekam akan menyebabkan darah bertambah kurang, ketagihan untuk berterusan melakukan bekam selain tidak yakin kaedah itu mampu menyembuhkan penyakit terutama penyakit-penyakit kronik.